Jalan Chenderiang Lama, Tapah, Perak
Cerita ni sem lepas, aku drive balik rumah sorang je. Selalu kalau aku drive balik rumah memang sorang sorang sebab aku jenis tak plan sebelum balik. Kalau rasa semua benda dekat uitm dah settle baru aku start engine, balik. Masa tu, aku tak ingat la cuti perayaan ke cuti apa tapi highway utara-selatan jam nak mampos. Dari shah Alam ke Sungkai pun kebas gila bontot aku.
Dah sampai Sungkai masa tu, then aku decide nak ikut jalan lama. Tak tahan jam punya pasal. Dari Sungkai ke Bidor dan ke Batang Padang. Semua aku redah je jalan lama even sebelum ni aku tak pernah pun drive ikut jalan lama. Dah sampai sempadan Tapah tu, then aku decide nak ikut jalan Chenderiang Baru yang boleh straight pergi Pekan Kampar tu. Tapi masa lepas pekan Tapah tu, aku tak jumpa signboard Chenderiang Baru. Yang aku jumpa signboard Jalan Chenderiang Lama.
Pelik jugak la pehal aku tak jumpa jalan padahal aku master kot jalan Chenderiang Baru nak pergi Kampar tu since aku diploma dekat Tapah 2 tahun, asal hujung bulan je sewa kereta pergi Kampar wkwkwk.
Dah tak jumpa tu, aku pun rilek je la redah. Jalan Chenderiang Lama pun lama la asalkan tak jam. First 10min tu macam okay je la drive sebab rasa macam masuk perkampungan orang. Tapi lagi dalam aku masuk, lagi sunyi. Rumah pun macam ada satu dua je itu pun jauh dari satu rumah ke rumah yang lain.
Tiba tiba, dah makin dalam aku masuk tu, aku betul betul jalan sebelah perkuburan cina. Besar gak perkuburan cina tu. Selalu nampak dari jauh je kalau ikut Chederiang Baru tapi kali ni betul betul sebelah ibarat buka pintu kereta terus pijak kubur orang huhuhu. Aku masih rilek rilek lagi drive time tu, yang aku tahu jalan ni akan tembus area Gua Tempurung.
Drive punya la drive sedar tak sedar aku perasan kiri kanan aku hutan tebal je.... Aku rasa macam dah jauh sangat aku drive, macam dah lama sangaaatttt aku tekan minyak mungkin sebab kiri kanan hutan, tambah pulak takde kereta lain. So maknanya yang tengah guna jalan tu betul betul kereta aku je. Dalam 30-40minit macam tu, tiba tiba, aku jumpa lagi satu perkuburan cina. Sh*t.
Time ni jantung aku dah berkocak dah. Aku rasa seram. Sumpah rasa seram sejuk je, seram sejuk yang rasa macam ada benda dengan kita. Dengan cuaca hujan renyai pulak time tu, langit nampak mendung je. Jalan sebelah kubur buat kali kedua pulak kan lagi seram la aku. Aku punya imaginary seram tu sampai side mirror ke, cermin belakang ke dua dua aku tak berani tengok dah time tu.
Aku nak drive laju pun tak boleh sebab jalan tu macam muat kereta Vellfire sebijik je, dengan hujan lagi. Tambah pulak jalan lama, bengkang bengkok. 70-80km/h tu kira dah paling laju untuk jalan yang agak extreme macam tu. Berpeluh peluh aku drive walaupun aku pasang aircond tambah pulak cuaca dekat luar hujan.
Entah la, nak dekat 1jam 30 gak aku rasa macam aku drive dekat tempat yang sama. Aku masa tu macam nak patah balik tau. Tapi cuaca dah nak gelap dah. Seram pulak kalau nak patah balik lepastu jumpa kubur yang sama. Jadi nak taknak, aku teruskan jugak la drive walaupun hati aku ni tak sanggup dah nak tekan minyak.
Drive punya drive, jumpa la jalan keluar. Aku tak ingat la nama simpang tu, tapi simpang tu betul betul selepas Gua Tempurung. Time aku dapat keluar dari Jalan Chenderiang Lama tadi tu, masa tu dah pukul 830malam. Lepas je keluar, aku terus masuk highway dekat Gopeng sampai la ke Parit Buntar. Aku dah tak boleh nak fikir dah time tu sebab aku rasa macam ada something je dalam kereta.
Sampai rumah dalam pukul 11malam, masuk rumah aku mandi, solat pastu aku tertidur. Penat ok drive dari 3petang sampai 11malam. Letak kepala je terus ternganga dah aku :x
Malam tu aku tidur tak habis lagi tau benda tu permainkan perasaan aku. Masa tengah tidur tu, aku kena tindih. Kena tindih ni macam half conscious jugak la. Sedar tapi tak boleh buat apa. Aku macam nak menjerit tapi dalam masa yang sama dada aku rasa sesak, susah nak nafas. Suara tak boleh keluar, yang mampu baca dalam hati je. Lama jugak aku macam tu sampai la aku tersentak sendiri.
Berpeluh peluh lepas aku sedar tu, aku rasa macam sejuk, takut. Lepastu tiba tiba, aku terpaling dekat cermin tingkat bilik aku. Elok pulak langsir terbukak time tu. Dan aku nampak sesuatu, lembaga hitam, tinggi. Tengah berdiri tengok aku dari tingkap. Masa tu aku pun menjerit la. Sebabkan aku menjerit tu, kakak aku yang bilik sebelah pun terjaga dan dia datang dekat bilik aku. Sampai subuh dia cuba tenangkan dan baring sebelah aku.
Esok paginya, aku demam. Dua minggu demam tak surut mungkin sebab terkejut.
I just remember, everything was so real. Mungkin ada yang ikut masa aku drive dekat Jalan Chenderiang Lama tu, atau mungkin badan aku yang terlalu penat dan dalam keadaan lemah sampai benda tu menunjukkan diri. Wallahua'alam
nasieb kou saja crik ko
ReplyDeleteowh nilah tuan badan yg farhan jamal maksudkan lalu sorang2 perh berani gila eh
ReplyDelete